ﺍﻟﻣﻠﻙﺍﻟﺴﻠﻁﺍﻥ
ﺍﻟﻏﻠﻳﻔﺔأميرالمؤمنين
إمام المؤمنين
Bila al-Hamra’ rebah, Melaka (Malqa, Malaqah, Malakat, Melakim) musnah, Gerbang Kota Cabang Tiga pun patah. Rasulullah S.A.W. berduka mengenangkan Ummah.
Rasulullah SAW bersabda:
“Telah berlaku Zaman Kenabian (1) ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (2) (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah Zaman pemerintahan yang menggigit (3) (Zaman Fitnah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah Zaman penindasan (4) dan penzaliman (Zaman Diktator) dan berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan (5) [Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s] yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.” (Riwayat Ahmad)
Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Saidina Ali; baginda berkata: “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah TIMUR dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi.” (Hadis riwayat At Tabrani)
Dalam kitab Yahudi ada disebut perkataan Melakim (Raja-raja). Fasal 9, diterangkan bahwa Nabi Sulaiman a.s. Raja Israel menerima 420 talenta emas dari Hiram, Raja Tirus yang menjadi bawahan beliau. Emas itu dibawa dari negeri Ofir (Mount Ophir, Gunong Ledang). Pendapat ini diteguhkan lagi dalam qalam Allah Al-Qur’an, Surat Al-Anbiya’ 21:81- “Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu.” Bahwa kapal-kapal Nabi Sulaiman a.s. berlayar ke “tanah yang Kami berkati atasnya” (al-ardha l-lati barak-Na fiha).
Justeru itu petualang-petualang Eropah Portugis, Inggeris, Belanda ghairah melangkah redah terjah gelidah meratah rantau ini pada abad ke-15 dan ke16 mencari khazanah emas dengan anggapan bahwa di rantau ini terletak negeri Ofir Nabi Sulaiman a.s. Bangsa Yahudi sudah tahu, menyelongkar rahsia-rahsia yang dicatat dalam kitab-kitab terdahulu dan Al Quran. Aptah lagi Zionis bangsa penghancur tidak senang duduk Ophir perlu dikafir menyimbah darah khinzir, dipasung dibendung jika tidak Zionis dirundung apatah lagi mengetahui “dan tiada bagimu selain Allah seorang pelindung maupun seorang penolong (Al Baqarah 2: 107).
كراجأنﻣﻼﮎ Sulalat al-Salatin: “..Setelah berapa lamanya baginda diatas kerajaan, maka baginda bermimpi pada suatu malam, berpandangan dengan keelokan hadrat nabi Mustafa Rasulullah salla’llahu’alai wa salam. Maka sabda Rasulullah pada Raja Kecil Besar (1424-1444) Ucap olehmu:” Asyhadu alla ilaha i’l Allah wa asyhadu anna Muhammad-ar-rasulullah.” Maka oleh Raja Kecil Besar seperti sabda Rasulullah salla’llahu ‘alaihi wa salam itu diturutinya. Maka Sabda Rasulullah kepada Raja Kecil Besar, “Ada pun nama mu Sultan Muhammad Syah (Sejarah gelaran nama SULTAN yang sebenar nya diberi oleh Rasulullah kepada Sultan Melaka). Esok hari apabila asar matahari, datanglah sebuah kapal dari Jeddah, turun orang nya sembahyang di pantai Melaka ini, hendaklah engkau ikut barang katanya.” Maka sembah Raja Kecil Besar,”Baiklah tuanku, yang mana sabda junjungan itu tiada hamba lalui.” Maka Nabi Salla ‘llahu’alaihi wa Salam pun ghaiblah.
الأندلس
1 Januari 1492M (29 Safar 897H) - Granada diperkosa pihak Kristian Castile. Istana Alhambra (al-Hamra’) di puncak Banjaran Sierra Nevada (Jabal Shalir/al-Thalj) di Granada symbol Kegemilangan Islam Andalusia tinggal nama. 500 tahun sudah Islam berputih mata al-Hamra’ terpenjara.
1495M (900H) - "Asslamualaika wahai anakku Ismail, berangkatlah kamu serta orang-orangmu ke Tanah Jawi. Bersabarlah dalam menempuh segala rintangan. Ajarilah dan pimpinilah akan umatku di sana dengan pengajaranku. Mintalah restu dengan menziarahi moyangmu Syeikh Abdul Qadir al-Jilani". (Tuhfatul Abrar; hlm 8-14). Demikianlah ujaran Baginda Rasulullah yang mengarahkan Syeikh Ismail r.a. dan mereka yang berserta dengannya menjalankan suatu misi dakwah Islamiah di Tanah Jawi.
1511M - Genap sudah 500 tahun kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka (Venice Of The East). Kejatuhan Melaka bermula semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Bermulalah keruntuhan nilai Melayu Islam Melaka. Bila nafsu merajalela segala kemahuan menghalalkan cara, nilai Melayu mula diperkosa. Istana bergelora, fitnah sumpah seranah dimana-mana, iri hati menjadi-jadi, tamak membuka-buak menonjolkan watak antoganis seperti Mandeliar, Si Kitol dan Utimutiraja sebagai pembelot.
كراجأن ڤتتاني Kerajaan Patani - Sultanate of Patani Darussalam (1516-1771) - Pada pertengahan abad ke-19 Patani telah menjadi mangsa dasar imperialistik kerajaan Siam. 1826 penaklukan Siam ke atas Patani termeterai Bangkok Treety, British merestui, Melayu Petani digari. Kemasyhurannya hanya tinggal Pintu Gerbang Cabang Tiga. Siam mengukuhkan cengkamannya ke atas Patani, pada tahun 1902 kerajaan Siam melaksanakan dasar Thesaphiban.
Dari al-Hambra Granada Andalusia menjalar ke Kota Melaka dan akhirnya Patani diseligi, tumbangnya kerajaan Islam dua benua silih berganti. 500 tahun dimamah usia Islam masih tak bermaya terus berduka. Zaman Kekhalifahan ditunggu ummah. Allah pasti mengangkat sebagaimana yang dikehendakiNya. Menyusul Qiamah adalah penyudah. Al Zalzalah (99) janji Allah - Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat). 99:2. Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya. 99:3. Dan manusia bertanya: "Mengapa bumi (menjadi begini)?". 99:4. Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. 99:5. Karena sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya….
Phya Tu NakPa kesah bermula Kemegahan Kesultanan Melayu Langkasuka Yala (Jalor), Narathiwat (Teluban), Pattani dan Songkhla ( Singgora) Gerbang Kota Cabang tiga Gerbang Istana Kerajaan Pattani Pintu Langit Dewa Dewi Laksamana Hang Tuah berdetik dihati Kepala Naga Matahari Hidup, Ekornya Matahari Mati Bedil Mahalela Sri Negara, Mahalela Sri Pattani Bedil Sakti penuh erti Pasti berdentum Akhir Zaman Nanti Yala Narathiwat Pattani Songkhla Saham akhirat disambut semua Emas perak Pending permata Wang tampang Barang berharga Jongkong Emas Hiasan Permata Kain Batik Kain Sutera Apa yang ada dibagi segala Gelang di tangan, Subang di telinga Cincin di jari pun dilondeh semua Sehelai sepinggang ada yang rela Kerana zuhud impikan Syurga Setahun lamanya mengumpul harta Akhirnya tersedia tiga bahtera Cukupkah untuk menawan dunia?
Meniti Titian Tuah Kerana zuhud impikan Syurga
Md Radzi Ismail
Sambutlah tangan Ku Tuah Aku lemah memikul amanah Tanah merekah jurang berlurah lahar pasti muntah Bukalah mulut Ku Tuah Baca Qalamullah Sebelum terkejang lidah Bersihkan hati Ku Tuah dengan Zikirullah Sebelum ia melegam punah Kerdipkan mata Ku Tuah Tatap Kalimah Allah Sebelum gelap cahaya tak bersimbah Tajamkan telinga Ku Tuah Dengar kata hikmah Sebelum tuli tulah menanah Bukalah Minda Ku Tuah Jamah Ilmu Allah Sebelum tertutup pintu Kaabah Mekah La Haulawala Qu wata’Illa Bil’la HilA’liyil Ad’zim
No comments:
Post a Comment